Kuarantin India 2020

Pada 24 Mac, kerajaan India di bawah Perdana Menteri Narendra Modi mengisytiharkan perintah kuarantin seluruh negara selama 21 hari, mengehadkan pergerakan seluruh 1.3 bilion penduduk India sebagai langkah pencegahan terhadap Pandemik COVID-19 di India.[1] Ia telah diarahkan selepas 14 jam perintah berkurung awam secara sukarela pada 22 Mac, diikuti oleh penguatkuasaan satu siri peraturan COVID-19 terhadap kawasan-kawasan yang terjejas di negara ini.[2][3] Kuarantin diletakkan apabila bilangan kes coronavirus yang disahkan positif di India adalah kira-kira 500.[1]

Kuarantin India 2020

Tarikh 25 Mac 2020 (2020-03-25) – kini (dijadualkan tamat tempoh 14 April 2020 (2020-04-14))
Matlamat Untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 di India
Lokasi India
Hasil 1.352 bilion di kuarantin (penduduk India)
Punca Pandemik COVID-19 di India
Kaedah
  • Larangan terhadap orang awam keluar dari rumah mereka
  • Semua perkhidmatan dan kedai yang tidak penting ditutup kecuali hospital, bank, kedai runcit dan keperluan lain
  • Penutupan pertubuhan komersil dan swasta (hanya kerja dari rumah yang dibenarkan)
  • Penggantungan kesemua institusi pendidikan, latihan, penyelidikan
  • Penutupan semua tempat ibadat
  • Penggantungan semua pengangkutan awam dan swasta yang tidak penting
  • Larangan semua kegiatan sosial, politik, sukan, hiburan, akademik, kebudayaan, agama

Rujukan

WikiPedia: Kuarantin India 2020 //www.worldcat.org/issn/0362-4331 //www.worldcat.org/issn/0971-751X https://www.bbc.com/news/world-asia-india-52024239 https://www.cnbc.com/2020/03/26/coronavirus-india-... https://edition.cnn.com/2020/03/27/india/coronavir... https://www.cnn.com/2020/03/23/asia/coronavirus-co... https://economictimes.indiatimes.com/news/economy/... https://economictimes.indiatimes.com/news/politics... https://tech.economictimes.indiatimes.com/news/int... https://www.news18.com/news/buzz/essentials-will-b...